“Rumah sakit, teman” – Guru Kesal Murid Guna Istilah Indonesia Dalam Karangan Bahasa Melayu

Entertainment
7 Jul 2025 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang guru bahasa Melayu meluahkan rasa kecewanya apabila mendapati para pelajarnya menggunakan istilah daripada bahasa negara jiran, Indonesia dalam penulisan karangan mereka.

Menerusi perkongsian Cikgu Gja di media sosial, dia menegur kesilapan pelajarnya yang menggunakan bahasa Indonesia dalam karangan ketika menjawab peperiksaan bahasa Melayu.

Cikgu Gja mendakwa terjumpa beberapa perkataan dalam bahasa Indonesia sewaktu menyemak karangan para pelajarnya.

“Perkataan yang cikgu jumpa ‘berencana’, ‘rumah sakit’, ‘teman’.”

Ujar Cikgu Gja, walaupun perkataan yang disebut itu ada dalam bahasa Melayu namun penggunaannya tidak bersesuaian dalam konteks tertentu dalam tatabahasa bahasa Melayu.

“‘Kami pergi berkelah bersama kawan-kawan, rakan-rakan’. Ini bersama ‘teman-teman’. Nampak sangat dia guna bahasa Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu, guru tersebut turut menasihatkan ibu bapa untuk memantau kandungan yang ditonton anak-anak di media sosial kerana ia boleh mempengaruhi penulisan serta pemahaman bahasa.

“Kurangkan tonton konten bahasa Indonesia, jangan terbawa-bawa dalam karangan awak kerana ia salah.

“Bagi ibu bapa pula, cikgu bebel bukan suka-suka jadi tolonglah pantau apa yang anak anda tengok, apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

@cikgugja

Cikgu bebel bukan suka-suka Tolong ye ibu bapa… Pantau konten yang anak-anak tengok. Sebab sekarang karangan murid penuh perkataan macam : berencana, teman-teman, rumah sakit… Apa yang mereka tengok, itulah yang mereka tulis.

♬ original sound – Cikgu Gja – Cikgu Gja

Meninjau ke ruangan komen, guru-guru lain turut berkongsi pengalaman sama apabila pelajar menggunakan perkataan atau struktur ayat bahasa Indonesia dalam tugasan mereka.

 

image is not available

Teguran yang dilakukan oleh Cikgu Gja juga meraih tumpuan warganet Indonesia yang bersetuju dengan teguran guru terbabit.

image is not available

Jelas Cikgu Gja, perkongsian video berkenaan bukanlah untuk menghina bahasa Indonesia. Sebaliknya, dia mahu murid menggunakan Bahasa Melayu dengan betul mengikut silibus pendidikan yang ditetapkan.

image is not available

Alamak, merisaukanlah!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.