Marshall Kilburn III DIlancarkan – Mampu Beroperasi Sehingga 50 Jam

TechnologyDigital
28 May 2025 • 3:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Marshall memperkenalkan Kilburn III iaitu pembesar suara mudah alih dengan binaan yang lebih kukuh dan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Black & Brass serta Cream sambil mengekalkan reka bentuk klasik yang diinspirasikan daripada beberapa model asalnya.

image is not available

Pembesar suara mempunyai tombol kawalan sentuhan di bahagian atas bagi kemudahan pengguna. Selain itu, tali berlapis baldu yang disertakan boleh ditanggalkan dan dipasang semula menggunakan butang khas. Turut disediakan adalah butang M yang membolehkan akses mudah kepada pratetap audio. Kilburn III mempunyai penarafan IP54 namun ia tidak sesuai untuk dicelup sepenuhnya ke dalam air seperti beberapa pembesar suara bluetooth lain.

image is not available

Dari segi audio, Kilburn III menghasilkan bunyi 360 darjah untuk pengalaman mendengar yang lebih imersif. Penalaan khas dan pemacu jalur lebar pula memastikan bass, mid-range, dan treble seimbang pada setiap tahap kelantangan untuk menghasilkan bunyi yang berkualiti tinggi.

image is not available

Ia turut menawarkan masa bermain lebih 50 jam dengan bateri yang bukan sahaja tahan lama, tetapi juga boleh digunakan sebagai power bank untuk mengecas peranti lain apabila diperlukan.