Marshall Milton A.N.C. Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1049

Digital
30 Jun 2026 • 6:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Marshall Milton A.N.C. Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1049

Marshall baru sahaja melancarkan Milton A.N.C. wireless on-ear headphones di Malaysia. Model terbaharu ini dilengkapi dengan sokongan adaptive active noise canceling yang mampu menyesuaikan tahap penapisan bunyi mengikut keadaan sekeliling. Selain itu, ia menawarkan ketahanan bateri sehingga 80 jam sekali gus memberikan pengalaman penggunaan berpanjangan.

Image from: Marshall Milton A.N.C. Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1049

Marshall mengekalkan gaya retro ikonik mereka dengan penggunaan pad telinga bertekstur kulit serta angkup logam yang mampu memberikan sentuhan premium. Bahagian pad telinga turut direka semula dengan penggunaan sejenis bahan span khas yang lebih lembut bagi meningkatkan keselesaan ketika dipakai dalam tempoh yang lama. Marshall turut mengekalkan butang boleh ubah suai (M-button) yang membolehkan pengguna mengawal pembatalan hingar aktif (ANC), tetapan ekualiser (EQ), serta fungsi lain seperti Spotify Tap.

Image from: Marshall Milton A.N.C. Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM1049

Selain itu, Marshall memperkenalkan sistem pemacu audio baharu berukuran 32mm yang menjanjikan prestasi bass dan treble yang lebih baik. Model ini juga menyokong Hi-Res Audio dengan format SBC, AAC, LC3 dan LDAC. Sambungan pantas disediakan melalui Bluetooth 6.0 bersama sokongan Find My untuk peranti Android dan iOS. Fon kepala ini turut dilengkapi dengan ciri Marshall Soundstage spatial audio yang dibangunkan sendiri oleh syarikat tersebut.

Dari segi ketahanan bateri, Marshall mendakwa Milton A.N.C. mampu menawarkan sehingga 50 jam masa main balik dengan fungsi ANC diaktifkan, manakala dengan fungsi tersebut dimatikan ia boleh bertahan sehingga 80 jam. Bagi yang berminat, Milton A.N.C. kini boleh didapati pada harga RM1,049.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved