Vivo TWS 5 Pro Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri 50 Jam

TechnologyDigital
30 Jun 2026 • 2:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo TWS 5 Pro Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri 50 Jam

Selepas lebih tiga tahun sejak keluaran TWS 3 Pro, vivo kini kembali dengan TWS 5 Pro yang diumumkan bersama X Fold6 di China semalam. Model baharu ini hadir dengan peningkatan besar dari segi kualiti bunyi, ketahanan bateri dan fungsi harian.

Image from: Vivo TWS 5 Pro Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri 50 Jam
TWS 5 Pro

Vivo TWS 5 Pro dilengkapi cip audio khas Hi-Fi DAC daripada Cirrus Logic yang menghasilkan bunyi lebih jelas dan semula jadi. Ia turut menggunakan dua jenis pemacu bunyi (driver) hasil kerjasama dengan Knowles, sebuah syarikat audio dari Amerika, bagi memastikan keseimbangan antara bass dan treble.

Untuk panggilan, ia hadir dengan gabungan empat mikrofon bersama bone conduction mic supaya suara lebih jelas. Selain itu, teknologi Active Noise Cancellation (ANC) sehingga 60dB disediakan dengan mod khas untuk kegunaan dalam kapal terbang dan bas. Dalam masa sama, ia turut mendapat pengiktirafan Hi-Res Audio Wireless, sokongan EQ 10-band, serta pensijilan daripada QQ Music dan NetEase Cloud Music.

Image from: Vivo TWS 5 Pro Dilancarkan Dengan ANC Dan Bateri 50 Jam
TWS 5 Pro

Dari segi bateri, TWS 5 Pro mampu digunakan sehingga 50 jam dengan bantuan pod pengecas. Jika dicas semula selama 5 minit, pengguna boleh menikmati sehingga 2 jam masa mendengar. Selain itu, fon telinga ini menyokong sambungan ke tiga peranti serentak, mod permainan dengan latensi rendah dan boleh digabungkan dengan jam tangan pintar vivo.

Harga vivo TWS 5 Pro ialah CNY 999 (~RM690) tetapi buat masa ini ia hanya diumumkan untuk pasaran China dan belum ada pengesahan rasmi sama ada akan dibawa masuk ke Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved