“Maruah kita saja kena pijak” – Abang Viva Sahkan Sudah Bercerai

Entertainment
17 Mar 2025 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama sukarelawan yang sinonim dengan misi banjir, Abang Viva kembali menjadi perhatian susulan tular dakwaan rumah tangganya dengan Eva Noza Zakaria sudah berakhir.

Sebelum ini, Eva Noza berkongsi video memperlihatkan dia dalam keadaan sebak dan memohon ruang untuk dirinya menjalani tempoh iddah.

Abang Viva sahkan sudah bercerai

Memetik sumber Gempak, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mengesahkan bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian tangkap layar mesej perbualan antara dia dengan seorang individu yang menasihatinya untuk rujuk ke pejabat agama mengenai masalah rumah tangga di laman TikToknya.

Bagaimanapun menerusi perbualan itu, Abang Viva memaklumkan dia dan bekas isterinya itu sudah pun berpisah.

“Dah cerai dah pun. Tak boleh tahan, maruah kita saja yang kena pijak,” kongsinya yang kemudian memadam hantaran tersebut.

image is not available

Dalam perkongsian lain, Abang Viva turut meluahkan perasaannya dengan mengatakan dia reda dan hidup perlu diteruskan walaupun berasa perit untuk ditelan.

Netizen yang mengikuti perkembangannya turut bersimpati dengan situasi yang dihadapinya dan memberikan kata-kata semangat untuk dia terus kuat.

Kita doakan yang baik-baik buat mereka…

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.