“Maruah negara diperleceh!” –Isu bendera Malaysia: Maszlee gesa tindakan tegas

LocalPolitics
16 Apr 2025 • 2:46 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Menteri Pendidikan, Prof Dr Maszlee Malik tampil bersuara lantang berhubung kesilapan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang menyiarkan ilustrasi Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang tanpa bulan sabit dalam edisi cetaknya pada 15 April lalu.

image is not available

Isu Bendera Malaysia tiada anak bulan, pihak berkuasa tak boleh diam diri

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Maszlee meminta pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri atau berkompromi dalam isu melibatkan simbol kebangsaan, apatah lagi melibatkan bendera negara yang menjadi lambang kedaulatan dan maruah rakyat Malaysia.

“Apakah permohonan maaf kecil sahaja memadai? Seseorang perlu ambil tanggungjawab! Sama ada letak jawatan atau dihadapkan ke pengadilan!” katanya tegas.

Bendera Malaysia adalah satu kedaulatan

Maszlee turut mempersoalkan bagaimana sebuah organisasi media yang telah beroperasi hampir satu abad mampu melakukan kesilapan besar sedemikian terhadap lambang rasmi negara.

“Bendera Malaysia adalah soal kedaulatan! Mohon maaf hanya boleh diterima jika dilakukan oleh orang yang jahil, dungu dan tersilap.
“Sebuah akhbar yang tersohor berusia hampir seratus tahun (diasaskan pada tahun 1929), dan mempunyai pembaca lebih setengah juta serta mempunyai ketua editor dan para editor berpengalaman melakukan kesilapan pada bendera negara sendiri?” ujarnya lagi.

image is not available

Artikel lain: PRK Ayer Kuning: Tak pernah ditadbir PAS-PN, pengundi diseru beri peluang

Kesilapan tak boleh dipandang ringan

Bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menekankan bahawa jika kesilapan seperti ini tidak diambil serius, ia boleh membuka ruang kepada pengulangan dan menyebabkan maruah negara terus diperlecehkan.

“Jika tidak maruah dan bendera negara akan berterusan diperlecehkan. Harap pihak berwajib ambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dalam isu ini,” katanya.

image is not available

Insiden melibatkan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit itu mencetuskan kemarahan ramai, dan sehingga kini ramai pihak mendesak agar siasatan lanjut dibuat terhadap akhbar tersebut bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya.

Sumber: Malaysia Gazette (khairulanuar Yahaya)