MAS 2025: AION V Didedah, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2025

LocalCars
10 May 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas membuat penampilan sulung global di Auto China 2024 pada tahun lalu, generasi kedua GAC Aion V akhirnya tampil buat pertama kali secara umum di Malaysia menerusi pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Sebelum ini, Crossover EV kompak ini sudah pun diperkenalkan di Thailand, dan kini nampaknya Malaysia bakal menjadi destinasi seterusnya.

image is not availableimage is not available

Berbeza dengan Aion Y Plus, Aion V baharu ini menggunakan reka bentuk badan SUV crossover yang lebih konvensional, dengan elemen rekaan yang diinspirasikan daripada dinosaur T-Rex.

Ia hadir dengan lampu utama LED, fender berotot, lampu belakang LED menegak, serta rim aloi 19 inci.

image is not availableimage is not available

Dari segi dimensi, Aion V baharu ini berukuran 4,605 mm panjang, 1,876 mm lebar, 1,686 mm tinggi, dan memiliki jarak roda sejauh 2,775 mm.

Ini meletakkannya sebaris dengan SUV EV kompak lain seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, dan Proton e.Mas 7.

image is not availableimage is not available

Walaupun model yang dipamerkan ini berkunci, apa yang kami dapat melihat ialah ia menggunakan konfigurasi pemanduan sebelah kanan (RHD), menandakan kesediaannya untuk dilancarkan di pasaran tempatan.

Dari aspek rangkaian kuasa, generasi kedua Aion V ini dikuasakan secara eksklusif oleh satu motor elektrik yang dipasang di hadapan, dimana ia mamp menghasilkan kuasa 201 HP (150 kW) dan 240 NM.

image is not availableimage is not available

Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 7.9 saat. Kelajuan maksimum pula ialah 160 km/j sebelum penghad laju elektronik diaktifkan.

Pek bateri jenis LFP 75.2-kWh yang disumbat pada AION V mampu menawarkan jarak pemanduan NEDC sejauh 605 km.

Keupayaan pengecasannya juga agak mengagumkan, kerana menyokong pengecasan pantas DC (DCFC) sehingga 180 kW sekali gus membolehkan pengecasan 30-80% penuh hanya dalam masa 16 minit.

Namun, pengecasan AC dihadkan kepada 7 kW sahaja.

Setakat ini, Warisan TC Automotif (WTCA) masih belum mengesahkan bahawa GAC Aion V baharu akan menjadi sebahagian daripada barisan produk mereka.

image is not available

Di sebalik itu, pelancarannya dijangka akan berlangsung pada suku ketiga tahun ini.

Sekiranya WTCA dapat menetapkan harga dengan tepat, Aion V berpotensi menjadi alternatif yang kompetitif kepada model-model seperti BYD Atto 3, Chery Omoda E5, dan Proton e.MAS 7.