MAS 2025: smart #1 BRABUS Edisi Terhad Didedah, Hanya Ada 20 Unit

LocalCars
10 May 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

smart #1 Brabus Limited Edition yang didedahkan pada Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), hanya ditawarkan 20 unit di seluruh negara.

Model ini merupakan yang merupakan hasil kolaborasi eksklusif antara smart dan BRABUS Kuala Lumpur sudah dibuka untuk tempahan.

Buat masa ini, harganya tidak didedahkan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini.

image is not availableimage is not available

#1 Brabus ini pada asalnya menerima beberapa pengubahsuaian khusus Brabus yang diperkenalkan tahun lalu, yang direka untuk meningkatkan lagi sifat sporty hatchback EV.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman, model edisi terhad ini dilengkapi dengan kit badan khas Brabus dimana bahagian hadapan dipanjangkan, diffuser belakang yang agak menonjol, manakala spoiler belakang ada logo Brabus.

Malah, model istimewa #1 Brabus ini turut dilengkapi dengan rim aloi Brabus Monoblock Z bersaiz 19 inci yang lebih besar dan bergaya, manakala ketinggian keseluruhan keretanya telah direndahkan sebanyak 35 mm.

Jadi, ia kelihatan agak pendek. Tidak ketinggalan, terdapat juga plat khas yang terletak di setiap sisi tiang-B, dengan tertera perkataan Limited Edition 1 0f 20 (“1 daripada 20” unit).

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan komponen Brabus seperti plat ambang pintu berlampu, pedal kaki aluminium, jahitan merah, serta plat peringatan khas Brabus pada konsol tengah.

Seperti yang dijangka, tiada perubahan pada sistem kuasa pada model istimewa ini memandangkan ia masih dikuasakan oleh sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang mampu menghasilkan sehingga 422 HP dan 543 Nm.

Ini membolehkan hot hatch ini memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 3.9 saat. Tenaga dibekalkan oleh pek bateri NMC 66-kWh yang memberikan jarak pemanduan sehingga 400 km mengikut piawaian WLTP.

image is not availableimage is not available

Setakat ini, smart Malaysia masih belum mendedahkan harganya. Namun, memandangkan model standard #1 Brabus kini dijual pada harga RM249,000, kita boleh menjangkakan bahawa model istimewa ini akan dijual pada harga yang sedikit lebih tinggi.

image is not available

Mereka yang berminat untuk melihat sendiri smart #1 Brabus Limited Edition serta model baharu smart #5, anda boleh mengunjungi Malaysia Autoshow 2025 yang sedang berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 hingga 15 Mei 2025.