Mas Ermieyati puji DAP, berjaya lahirkan ramai pemimpin wanita

LocalPolitics
6 Sep 2025 • 6:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memuji DAP yang berjaya melahirkan ramai pemimpin wanita di Parlimen.

Mas Ermieyati parti berjaya lahirkan pemimpin wanita

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan perkara tersebut wajar dijadikan contoh, sambil menegaskan sayap Srikandi tidak seharusnya hanya menjadi pelengkap senarai calon pada pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya negeri (PRN).

“Realitinya, DAP adalah antara parti yang berjaya melahirkan ramai kepimpinan wanita di Parlimen,
“Mereka diberi ruang, diberi peluang dan kini ahli Parlimen wanita mereka menjadi wajah kepimpinan parti. Mereka memegang rekod 25 peratus ahli Parlimen wanita.
Ini satu pencapaian yang menakjubkan,” ujarnya.

image is not available

Mas Ermieyati satu-satunya wakil wanita dari Bersatu di parlimen

Beliau juga menlemparkan pertanyaan bagaimana dengan Bersatu pula dan dirinya enggan menjadi satu-satunya wakil wanita daripada parti untuk berada di parlimen

“Bagaimana pula kita? Saya seorang sahaja wakil wanita Bersatu di Parlimen.
“Saya tidak mahu berjuang sendiri di bawah payung Bersatu,” katanya dalam ucapan dasar Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi Bersatu 2025 pada Sabtu.

image is not available

Mahu lebih ramai srikandi Bersatu

Susulan daripada itu, Mas Ermieyati menegaskan sudah tiba masanya Srikandi Bersatu membuktikan wanita mampu menjadi penentu kemenangan parti, penggerak jentera, serta pemimpin yang membawa suara rakyat di DUN dan Parlimen.

“Oleh itu, satu platform untuk melatih, membimbing dan memastikan lebih ramai Srikandi diketengahkan sebagai pemimpin berkualiti haruslah direalisasikan.
“Insya-ALLAH, perkara tersebut telah diangkat kepada Presiden parti kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipertimbangkan,” ujarnya.

image is not available

Artikel lain: Muhyiddin tegaskan PN tak boleh ada 2 majlis pimpinan, akui pernah ada cadangan

Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan bagi Bersatu berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 6 hingga 7 September 2025.

Sumber: Sinar Harian (Nurhidayah Hairom)