Produk Laku Keras, Individu Pertikai Kesedapan Rendang Nyet KA – “Mak Saya Punya Rendang Lagi Better, Sorry Lah..”

25 Aug 2025 • 1:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, Rendang Nyet yang dijual oleh usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, baru-baru ini, telah pun mendapat sambutan hangat hingga ia berjaya dijual habis dalam masa 30 saat sahaja.

Wanita persoal kesedapan Rendang Nyet

Biarpun ramai yang menyukai Rendang Nyet tersebut tetapi seorang individu di Threads ini telah mendatangkan rasa kurang senang selepas mempersoalkan kesedepan rendang yang dijual oleh Khairul Aming atau KA.

Dalam hantaran yang dimuat naik, individu wanita itu persoalkan kesedapan Rendang Nyet hingga orang ramai berebut mahu membelinya.

image is not available

Saya terfikir sama ada Rendang Nyet KA itu betul-betul sedap ke sampai cepat sangat habis? Atau ia disebabkan KA punya produk.

Teruk dikecam netizen, tak berhak buat perbandingan

Dalam pada itu, dia turut merasakan rendang yang dimasak oleh ibunya lebih sedap jika hendak dibandingkan dengan rendang usahawan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut kerana membuat perbandingan dan merasakan wanita itu tidak berhak untuk persoalkan kerana dia masih belum membelinya lagi.

image is not available

image is not available 2025-08-14 10:59:06

"Buang Beribu Kilo Ayam Semasa R&D" - Khairul Aming Dedah Kos Penyediaan Rendang Nyet Capai RM1 Juta