Mas Idayu sakan bergelek, netizen beri teguran -“Dah berumur banyakkan ke masjid”

EntertainmentLifestyle
4 Sep 2025 • 11:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dangdut Mas Idayu mencetuskan kontroversi setelah tampil membuat persembahan beserta aksi gelek di sebuah acara sempena sambutan kemerdekaan di Pasir Gudang, Johor.

Netizen tegur Mas Idayu

image is not available

Menerusi perkongsian di TikTok, Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila mempersembahkan aksi gelek yang didakwa berlebihan, tidak selari dengan pembawaan imej sebagai seorang muslimah yang sudah berhijab.

@azrul_azhar

Mummy Mas Idayu buka kasut ye…

♬ original sound - Azrul_Azhar

Dalam pada itu, Mas juga dilihat membuka kasut lalu membalingnya ke tepi pentas menambahkan lagi rasa kurang senang netizen yang mula mempersoalkan adab penyanyi itu.

Pelantun Cintaku 100% itu turut dicemuh kerana mengenakan baju yang terlalu mencolok mata dan tidak bersesuaian dengan peringkat umur yang sudah memasuki usia senja.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warganet berharap Mas dapat berubah menjadi wanita yang lebih baik dan tidak melakukan lagi aksi gelek tersebut kerana mengundang fitnah serta boleh menguji iman seseorang lelaki.

Wargamaya juga mendoakan agar penyanyi itu memahami maksud sebenar penghijrahan dengan meninggalkan perkara yang lalai dan lebih mendekatkan diri dengan agama di jalan Allah yang benar.

Baju ketat pakai tudung

image is not available

Aku perempuan pun rasa malu

image is not available

Banyakkan pergi masjid

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 1.5 juta tontonan dan meraih lebih 56,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Azrul_Azhar