“Masa Ambil Macam Sikit” – Geng Lelaki Order 7 Pinggan Besar Pasembor Buat Ramai Terhibur [Video]

2 Jul 2024 • 2:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Semua orang tahu Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan makanan. Malah, negeri bergelar Pulau Mutiara itu turut dianggap sebagai syurga makanan bagi kebanyakan pelancong.

Antara menu yang sinonim dan wajib cuba ketika berkunjung ke Pulau Pinang adalah nasi kandar, pasembor, rojak, mee sotong dan cendol.

Buat mereka yang pertama kali berkunjung ke negeri itu, adakalanya pasti akan keliru dan tidak biasa dengan cara menikmati hidangan signature seperti rojak pasembor hingga ada yang menikmatinya dengan cara yang berbeza.

Tidak Sangka Jadi Banyak Lepas Ambil Sedikit

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @silentkuro, pengguna berkenaan berkongsikan saat di mana dia dan rakan-rakannya menikmati hidangan pasembor di Pulau Pinang.

Apa yang menjadi perhatian adalah setiap seorang daripada mereka menikmati hidangan tersebut sepinggan besar.

Kebiasaannya, sepinggan besar pasembor itu boleh dinikmati oleh tiga hingga empat orang individu.

Malah, ada seorang rakan lelaki itu sedang menikmati hidangan tersebut yang kelihatan menggunung dalam pinggannya.

Difahamkan, pemuda bersama enam orang rakannya itu baru pertama kali berkunjung ke negeri tersebut.

“Masa ambil macam sikit, sekali potong nah. Pertama kali datang Penang (Pulau Pinang) dengan rakan-rakan,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@silentkuro

Msa amik mcm skit , skali Potong nahh 😂 Amikk 🤣

♬ ladyfingers – ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍chop

Duduk Hingga Dua Jam Cuba Habiskan Makanan, Bungkus Sambung Makan Di R&R

Menerusi ruang komen, pemuda berkenaan menjelaskan dia dan rakan-rakannya mengambil masa selama dua jam di kedai berkenaan untuk menghabiskan hidangan tersebut.

Namun, difahamkan mereka tetap tidak dapat menghabiskan pasembor itu gara-gara kuantitinya yang terlalu banyak. Enggan membazir, kumpulan lelaki itu membungkus makanan tersebut.

Menerusi video berasingan, kumpulan pemuda berkenaan dilihat menikmati semula pasembor berkenaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Lelaki itu turut menjelaskan harga yang dibayar oleh mereka sekitar RM40 hingga RM60 sepinggan.

@silentkuro

Replying to @QUEEN OFC🫶🏻✨ Part 2 ,Alhamdulillah Habis kenyang smpai esok 😅✨

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Pengguna TikTok Terhibur, Ada Yang Terkejut

Video yang telah mendapat lebih 410 ribu tontonan itu nyata menjadi perhatian ramai pihak. Rata-rata mereka terkejut dan terhibur melihat gelagat kumpulan pemuda berkenaan.

Ini kerana mereka tidak menyangka kesemua lelaki itu boleh menikmati pasembor seorang sepinggan besar yang lazimnya dinikmati oleh tiga hingga empat orang.

Malah, ada juga yang tertanya tentang harga yang dibayar oleh mereka memandangkan kuantiti yang diambil dilihat agak banyak.

Berikut merupakan komen pengguna TikTok:

“Wei Satu Pinggan Boleh Makan Sampai 5 Orang Tau, Awat Yang Pi Beli Sorang Satu Pinggan, Melugai Wei Banyak Gitu”

image is not available

“Mana Ada Orang Makan Pasembor Sorang Sepinggan, Naik Melugai Satgi”

image is not available

“Ini Mesti Masa Pilih Tak Ingat Akan Ada Timun, Sengkuang & Sebagainya, Kelakar! Tak Pernah Dibuat Orang Makan Sepinggan”

image is not available

“Tolong Habaq Sat Harga Sorang Sepinggan Tu Berapa Duit, Harga Boleh Gagah Jugak Rasanya”

image is not available

“Dasyat Depa Ni, Sorang Sepinggan, Jenuh Tersandar Kenyang Satgi”

image is not available

“Mengucap Aku Tengok Abang Pakai Topi Tu Punya”

image is not available

Source:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved