Masa mendesak asrama baharu dibina: Guru

18 Jun 2023 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PITAS: Kedua-dua pelajar Tingkatan (5) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinggan Pinggan yang meninggal dunia akibat keracunan metanol dikenali dalam kalangan rakan, guru dan ibu bapa sebagai pelajar yang memiliki kelebihan dalam bidang akademik dan bidang sukan.

Pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) SMK Pinggan Pinggan, Jaliun Maun berkata, Leo Castelo bin Jason, 17, adalah pelajar yang bijak dalam akademik, manakala Zammuel Martin, 17, cemerlang dalam sukan khususnya bola sepak dan badminton.

Jaliun berkata, apa yang telah berlaku sangat menyedihkan dan di luar jangkaan, tiada siapa yang mahu perkara seumpama itu berlaku apatah lagi ibu bapa dan guru.

“Namun perkara ini memaksa semua pihak agar lebih prihatin dan menasihatkan anak anak agar tidak melakukan perkara tidak berfaedah khususnya yang membawa kemudaratan,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagaimanapun, Jaliun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut, sebaliknya berkata ini adalah masa yang mendesak agar asrama baharu segera dibina di dalam kawasan sekokah, berikutan asrama sedia ada yang wujud sejak tahun 1990an itu berada pada jarak 1.3km dari sekolah.

Katanya, selain isu keselamatan, pelajar seramai 300 orang yang tinggal di asrama tersebut terpaksa berjalan kaki ulang alik ke sekolah setiap hari, bahkan sehari perlu ulang alik dua kali sekiranya ada kelas tambahan.

Selain terletak pada jarak yang agak jauh, asrama itu juga uzur dan merupakan salah satu daripada dua asrama di negeri ini yang masih diperbuat daripada kayu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.