Tiada unsur paksaan: Polis: Tragedi pelajar keracunan methanol di Pitas

18 Jun 2023 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PITAS: Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Zairolnizal Ishak mengesahkan siasatan awal mendapati tiada unsur paksaan dalam tragedi lebih 20 pelajar asrama minum minuman berkarbonat campur metanol baru baru ini.

Meski ramai yang dikejutkan dengan khabar berhubung kes pelajar keracunan metanol, namun ada yang berpendapat bahawa mencampurkan minuman berkarbonat dengan spirit bagi menghasilkan sesuatu yang sama fungsinya seperti arak bukan sesuatu yang baru.

Apabila ditanya, ada di antara belia yang mengakui bahawa kedua-dua bahan tersebut sekiranya dicampurkan dengan kuantiti yang tepat dan campuran cecair yang tepat akan menghasilkan minuman yang sama fungsinya seperti arak. Mereka berpendapat bahawa besar kemungkinan, apa yang pelajar-pelajar dengar dan peroleh, mendorong rasa ingin mencuba serta bertindak di luar batas apabila meminum dalam kuantiti yang banyak.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Bagaimanapun, keberanian pelajar yang mencetus “inovasi” tersebut dan pelajar yang berani mempertaruh nyawa dengan sesuatu yang tidak nyata, wajar dielakkan, tidak sepatutnya mereka terikut-ikut dengan rakan, menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas Datuk Seri Dr Ruddy Awah.

Ruddy yang ditemui media di sini pada Sabtu berkata, beliau berharap agar tiada yang menuding jari menyalahkan sesiapa, sebaliknya bekerjasama bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak berulang.

“Saya merayu kepada ibu bapa, ahli-ahli keluarga mereka yang terlibat, bahawa kita kena menerima ketentuan ini, saya percaya ba selepas ini kawalan di asrama semakin diperketatkan terutama di kawasan Pitas ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.