'Masa raya dia datang bawa bunga orkid' –  Kapten Amrul imbas detik awal perkenalan dengan Dr Fie, siaran langsung raih lebih 1 juta tanda suka

EntertainmentLifestyle
4 Nov 2026 • 5:28 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Masa raya dia datang bawa bunga orkid' –  Kapten Amrul imbas detik awal perkenalan dengan Dr Fie, siaran langsung raih lebih 1 juta tanda suka

PERKAHWINAN Dr Fie Tawfek dan suami, Kapten Amrul Nizar terus menjadi perhatian warga maya.

Dalam siaran langsung menerusi Tiktok, Amrul sempat mengimbas kembali detik-detik manis sepanjang awal perkenalan mereka.

Difahamkan, Dr Fie pernah menghadiahkan kepada suaminya itu bunga orkid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

"Semasa hari raya dia (Dr Fie) datang bawa bunga orkid dengan tulisan ‘Selamat hari raya maaf zahir dan batin, Love Dr Fie’.

Image from: 'Masa raya dia datang bawa bunga orkid' –  Kapten Amrul imbas detik awal perkenalan dengan Dr Fie, siaran langsung raih lebih 1 juta tanda suka

"Kalau ada perkataan ‘love’ maksudnya memang ‘love’ lah tu. Tak lama selepas itu, Dr Fie ada bagi lagi bunga orkid.

"Saya sayang sangat dengan pemberian Dr Fie jadi saya akan simpan, mana tahu suatu hari nanti bunga yang gugur akan berputik kembali," kongsinya.

Terdahulu Dr Fie , 36 dan Amrul, 53, diijabkabulkan dalam majlis yang berlangsung pada Ahad lalu. Disatukan dengan sekali lafaz, Dr Fie atau nama sebenarnya, Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menerima mas kahwin berupa satu dinar emas.

Untuk rekod, doktor gigi tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Nubhan Ahamad pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada Disember 2025. Hasil perkahwinan pertama, Dr Fie dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu Amrul yang merupakan ahli perniagaan memiliki empat cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved