
SEREMBAN – Perkongsian Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang memuat naik gambar makan tengah hari bersama Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mencuri perhatian rama apabila ada yang mengaitkannya dengan ‘ceplos-ceplos’.
Jalaluddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pertang, berkongsi gambar berkenaan menerusi media sosial, hari ini selepas mengadakan pertemuan bersama Ismail.
Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyambut baik pertemuan kedua-dua pemimpin berkenaan.
Antara komen yang menarik perhatian ialah seorang netizen yang menyebut, “Ceplos-ceplos mesti berapi tengok ni tok… steady tok, jalan terus.”
Seorang lagi netizen pula menyifatkan gandingan berkenaan sebagai ‘steady’, manakala ada yang mendoakan agar kedua-dua pemimpin berkenaan terus maju dalam pentadbiran negeri.
Dalam hantaran sama, Jalaluddin turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Ismail dalam mentadbir Negeri Sembilan.
“Lunch (makan tengah hari) bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar hari ini. Selamat maju jaya Datuk dalam mentadbir negeri. Insya-Allah, parti dan kerajaan akan terus bergerak seiring, demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
“Masa untuk bekerja. Jalan terus!” katanya, hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Masa untuk bekerja, jalan terus! – Jalaluddin appeared first on Kosmo Digital.





