
SANDAKAN: Pemasangan tangki air akan dipertimbangkan sebagai salah satu penyelasaian sementara bagi mengatasi masalah air penduduk Flat Sim-Sim, kata Adun Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon.
Ia dicadangkan selepas satu pertemuan baru-baru ini bersama penduduk untuk mencari penyelesaian masalah bekalan air yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.
AdvertisementDalam sesi perbincangan tersebut, Frankie menegaskan komitmennya untuk menangani isu ini secara menyeluruh.
Beliau mendengar aduan dan pandangan penduduk sambil membentangkan beberapa cadangan praktikal, termasuk pemasangan tangki air sebagai langkah sementara.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Setiap cadangan akan dikaji dengan teliti dari segi kebolehlaksanaan dan keberkesanannya,” ujarnya, dan memberi jaminan bahawa tindakan segera akan diambil melalui kerjasama erat dengan pihak berkuasa air tempatan serta jabatan-jabatan berkaitan.
Frankie turut berharap kerjasama kukuh antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan penduduk akan membuahkan hasil yang memuaskan, seterusnya memastikan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti kepada semua.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya akan terus memantau perkembangan isu ini dan merancang sesi susulan untuk membincangkan langkah-langkah seterusnya bersama penduduk dan pihak berkuasa,” tambahnya.
Penduduk Flat Sim-Sim menyambut baik usaha itu dan berharap penyelesaian dapat dicapai dalam masa terdekat.


