Masalah air kritikal di Sandakan: Ratib seru Jabatan Air, konsesi selenggara lubang bor

LocalPolitics
15 Feb 2025 • 9:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib, menyeru Jabatan Air dan syarikat konsesi yang bertanggungjawab agar segera menjalankan penyelenggaraan lubang bor (borehole) di sekitar daerah ini bagi mengatasi masalah bekalan air yang semakin kritikal.

Beliau berkata demikian selepas melawat sebuah lubang bor yang terletak di dalam kawasan Kolej Vokasional Sandakan, Batu 2 pada Sabtu.

AdvertisementDifahami bahawa bekalan air bawah tanah melalui lubang bor tersebut merupakan antara salah satu penyumbang air kepada Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop yang kini ditutup ekoran sumber air yang tidak mencukupi.

Penutupan LRA Hilltop ini telah menjadi punca sebahagian besar kawasan di Sandakan, khususnya di pusat bandar sehingga kawasan Nam Tung mengalami gangguan bekalan air.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil lawatan ke LRA Hilltop yang lalu mendapati terdapat 10 lubang bor yang tidak berfungsi. Oleh yang demikian, Jabatan Air telah mengarahkan satu konsultan untuk menilai keadaan ini, dan hasil kajian menunjukkan bahawa tiga lubang bor masih boleh digunakan tetapi memerlukan penyelenggaraan segera,” katanya.