Syarikat konsesi pantas baiki jalan rosak di Kunak

LocalEnvironment
13 Feb 2025 • 3:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Syarikat konsesi penyelenggaraan jalanraya - Pembinaan Kekal Mewah bertindak pantas membaiki jalan berlubang yang digenangi air di Jalan Sapang 1 berdekatan Maybank cawangan Kunak di sini , hanya selepas dua jam aduan itu dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah Kunak) kepada pihak berkenaan pada Khamis.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak, Mohd Nazri Pintal berkata aduan tersebut yang diajukan oleh Daily Express hari ini telah diambil perhatian serius oleh konsesi penyelenggaraan yang bertanggungjawab menyelia dan membaiki struktur jalanraya di kawasan perkadaran pihak berkuasa tempatan itu, di sini.

Advertisement"Mereka (konsesi) memberi jaminan meneliti perkara ini dan akan bertindak segera membaiki lubang-lubang jalan itu", katanya ketika dihubungi.

Orang awam di sini menyifatkan media tempatan Sabah, Daily Express sebagai saluran aduan rakyat yang bagus dan berpengaruh sesuai dengan 'tagline' nya "Suara Tempatan Anda".

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more "Saya yakin Daily Express media berpengaruh dan profesional. Sebab itu kebanyakan aduan didengar dan masalah diatasi dengan pantas oleh agensi terlibat. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama", kata pengadu tersebut yang mengemukakan masalah berkaitan jalan rosak berlubang yang terbiar sejak sekian lama.