

Lagi kejadian treler rempuh kereta!
Kali ini berlaku di Kilometer (KM) 18.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), dimana sebuah treler dirakam merempuh sekurang-kurangnya lapan kenderaan dalam kejadian itu.
Mujur, tiada mangsa yang maut mahupun cedera dalam kemalangan terbabit.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa'afar mengesahkan masalah brek menyebabkan treler berkenaan melanggar lapan kenderaan.
"Kemalangan berkenaan juga mengakibatkan kerosakan terhadap beberapa kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya.


