Biasanya, kalau seesebuah pasangan itu putuskan hubungan, pastinya mereka enggan berhubung semula, kalau boleh tak nak ambil tahu pasal semua hal dia dan inikan pula nak hadir majlis kahwin dia apabila dah jumpa pengganti.
Bagaimanapun Zira Hazmi, 32 memilih untuk menjadikan bekas teman lelakinya itu sebagai kawan setelah mereka berdua memberikan kata putus untuk tidak meneruskan hubungannya.
Katanya, hubungan yang dibina 4 tahun lalu berakhir kerana tiada lagi keserasian, dikatakan persahabatan mereka sangat baik walaupun dah putus sehinggkan boleh hadir ke majlis perkahwinan bekas teman lelakinya yang kini sudah menemui suri hati yang baru.
Datang wedding ex, siap bersalaman atas pelamin
Kata Zira, undangan itu diterima oleh bekas kekasihnya sendiri dan apabila mengetahuinya, Zira rasa begitu tenang, gembira dan reda.
“Waktu tu saya cuma fikirkan bahawa orang yang saya sayang sebelum ni dah jumpa kebahagiaan dan serasi dengan dia…boleh jaga dia sampai akhir hayat.”
Memetik laporan mStar Online, Zira juga tidak menafikan bahawa ada ketidakserasian semasa mereka bersama kerana kerap salah faham sampai semua benda serba tak kena.
“Jadi kami putuskan hubungan dengan cara baik dan matang. Saya anggap dia bukan jodoh.”
Zira turut menyatakan selepas mereka berpisah, mereka tidak bersua sampai setahun tanpa ada sebarang komunikasi antara mereka.
Namun Zira tidak menafikan bahawa pada mulanya berat nak terima kenyataan, namun dia sibukkan diri dengan kerjaya.
“Kami berjumpa balik lepas tu pun atas urusan melibatkan kerja saja. Lepastu hubungan kami lebih rapat tapi dia dah ada orang lain iaitu isterinya sekarang.”

Majlis perkahwinan bekas kekasihnya berlangsung pada 27 Ogos lalu. Zira menyatakan bahawa dia hadir bersama sepupunya.
“Saya datang ke majlis tu okay saja. Saya tak sempat ambil gambar. Cuma ada minta sepupu ambilkan video saja.”
Tambahnya, tindakan bersalaman dan pengantin lelaki cium tangan ketika naik atas pelamin juga tidak seharusnya menjadi isu kerana masing-masing sudah move on.

“Isteri dia memang kenal saya. Dia tahu cerita mengenai kami sebelum ni jadi tak ada masalah pun. Masalah cemburu tu dah tak ada antara kami sebab kami memang sudah jadi kawan. Saya sangat rapat pun dengan kedua-dua mereka.”
Zira juga mengatakan bahawa bekas teman lelakinya ada ucap terima kasih sebab hadir dan memesan wanita di luar sana untuk kuat jika ada apa-apa yang terjadi dalam kehidupan atau percintaan.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

