Masalah Stereng Punca Lori Bawa Batu Rempuh Trak FRU

LocalPolitics
13 May 2025 • 1:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kes lori yang membawa muatan batu merempuh hadapan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Lampam, Simpang Tangki Air, Langkap, Teluk Intan itu dipercayai berpunca daripada kegagalan fungsi stereng.

Nahas tersebut telah mengakibatkan 9 anggota pasukatan tersebut telah terbunuh dan Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata trak FRU dari unit 5 yang membawa 18 anggota pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas penugasan perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

“Ketika tiba di tempat kejadian, trak FRU Unit 5 itu dirempuh dari hadapan oleh lori membawa muatan batu yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng.”

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati bahawa anggota FRU Unit 5 termasuk pemandu itu meninggal dunia di tempat kejadian sementara 6 lagi anggota lain cedera parah serta 4 lagi cedera ringan. Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa sebuah lori yang membawa muatan baru telah merempuh trak yang dinaiki oleh 15 anggota FRU.

image is not available

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan digerakkan ke lokasi.

Sepanjang tempoh artikel ini ditulis, Astro Awani melaporkan bahawa 10 anggota FRU disahkan meninggal dunia. 8 orang meninggal dunia di tempat kejadian dan 2 orang lagi disahkan meninggal dunia di hospital.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.