“Masalah Telur Tak Sepenting Isu Rumah Tangga” – Caprice

16 Jan 2023 • 4:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Negara masih lagi panas dengan berita mengenai pelakon, Puteri Sarah yang telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Namun begitu, penyanyi rap sensasi Caprice telah memuat naik satu video yang menyindir tindakan netizen yang seakan-akan mementingkan isu rumah tangga berbanding krisis masalah telur yang melanda negara.

Lebih penting

Video yang dimuat naik oleh Caprice itu memaparkan perbezaan view oleh netizen yang lebih banyak pada isu rumah tangga Puteri Sarah berbanding sidang media oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu bagi keputusan negara mengimport telur ayam dari India.

Apabila isu negara iaitu masalah telur lagi penting, maksud saya tak sepenting isu rumah tangga.

Menjengah ke ruang komen, segelintir netizen turut bersetuju dengan Caprice di mana rata-rata warganet lebih mementingkan gosip berbanding hal ehwal negara.

image is not available

Hm, apa pendapat pembaca Oh! Media pula?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media