“Pagi Ni Saya Bangun Dengan Bersemangat” – Puteri Sarah Teruskan Tuntutan Cerai Di Mahkamah

16 Jan 2023 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, pelakon Puteri Sarah telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya meminta agar suaminya, Syamsul Yusof untuk ‘melepaskannya’ kerana tidak rela dimadukan dengan isteri kedua, Ira Kazar.

Menurut pelakon berusia 37 tahun itu, keputusan tersebut dilakukan bukan kerana emosi namun sebaliknya sudah mempertimbangkan banyak perkara sebelum nekad berbuat demikian.

Hari ini, Sarah dilihat ceria dan tenang ketika hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

image is not available

Difahamkan, ibu kepada dua orang cahaya mata itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.30 pagi sambil ditemani oleh dua orang adiknya.

Malah, Sarah yang mengenakan jubah hitam dilihat bersemangat ketika hadir untuk memfailkan penceraian dengan suaminya.

Pagi ni saya bangun dengan bersemangat. Doakan Sarah tau.

Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana binti Megat Kamaruddin tekad membuat tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga dikatakan tidak menemui jalan perdamaian sejak 4 tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 jam lalu

Mohon Doakan Filem Terbaru, Syamsul Yusof Teruk Diperli Netizen - "Elok Buat Filem Kisah Perkahwinan Dengan Ira Kazar"