
Masih Ada Keliru, Ini Cara Baca Resit & Jangan Terlepas ‘Part’ Ni Bila Guna Budi95
Rakyat Malaysia sudah pun menikmati penurunan harga minyak RON95 melalui penyasaran subsidi BUDI MANDANI RON95 daripada RM2.60 kepada RM1.99 seliter.
Seperti yang kita semua sudah tahu, penyasaran subsidi atau BUDI95 ini adalah program khas hanya untuk warganegara, dengan dua syarat mudah sahaja. Pertama, pengesahan identiti menerusi MyKad, kedua memiliki lesen memandu yang sah dan aktif.
Sejak hari pertama pelaksanaannya, jutaan pembelian RON95 direkodkan setiap hari di mana RM3.7 juta transaksi dicatatkan dalam tempoh 24 jam selepas diperluas kepada penerima STR.
Bagaimanapun, masih ada yang keliru apabila melihat harga yang dipaparkan adalah RM2.60 seliter, berbeza dengan subsidi RM1.99 seliter.
Sebenarnya, anda tak perlu rasa risau atau bimbang tersalah isi minyak pun.
Sebagai warganegara yang layak menikmati BUDI95, anda hanya perlu membayar RON95 pada harga subsidi iaitu RM1.99 sen seliter, biarpun yang ditunjukkan di pam adalah harga pasaran.
Maklumat tentang subsidi yang anda nikmati ada pada resit yang perlu dicetak selepas pengisian selesai.
Cara baca resit, nak tahu info tentang BUDI95
Misalnya, selepas anda mengisi minyak di stesen minyak milik PETRONAS, resit transaksi yang dibekalkan mengandungi maklumat terperinci tentang BUDI95. Tinggal kita nak baca dan kenal pasti apa informasi yang ada.
Maklumat-maklumat tentang BUDI95 boleh diakses pada bahagian “Subsidi Information”. Jom kita sama-sama belajar cara nak membaca resit di bawah.

Pada bahagian subsidi ini ada beberapa maklumat penting tentang penyasaran subsidi yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti berikut:
Harga Pasaran RON95 / Market Price
Bahagian ini menunjukkan maklumat tentang harga semasa RON95. Misalnya seperti resit contoh di atas, harga pasaran semasa atau harga RON95 di pam adalah RM2.60 seliter.
Harga berkenaan merupakan harga RON95 tanpa subsidi oleh kerajaan.
Harga Subsidi RON95 / Subsidy Price
Pada bahagian ini pula memaparkan maklumat harga subsidi minyak RON95 yang dinikmati oleh warganegara yang layak iaitu RM1.99 seliter.
Berdasarkan resit di atas, terdapat perbezaan yang jelas bagi harga tanpa subsidi/harga pasaran dengan harga subsidi bagi pembelian minyak RON95 dengan jumlah liter yang sama.
Contohnya, pembelian minyak RON95 sebanyak 32.565 liter pada harga pasaran adalah sebanyak RM84.67.
Manakala pembelian jumlah liter yang sama pada harga subsidi iaitu harga yang anda bayar sebagai warganegara yang layak adalah RM64.81, iaitu penjimatan sebanyak RM19.86.
Nombor Kad Pengenalan / MyKad Number
Nombor kad pengenalan yang tertera pada resit tersebut adalah maklumat peribadi milik individu yang menggunakan kuota minyak subsidi tersebut.
Ia juga digunakan sebagai maklumat untuk mengesahkan identiti pengguna sebagai warganegara.
Baki Sebelum / Previous Balance
Baki sebelum pula menunjukkan jumlah subsidi kelayakan yang tinggal sebelum pengisian terkini dibuat.
Pada resit contoh di atas, Baki Sebelum adalah sebanyak 300 liter.
Baki Semasa / Remaining Balance
Maklumat yang dibekalkan pada bahagian ini pula adalah Baki Semasa kuota subsidi atau baki kelayakan yang tinggal selepas anda selesai membuat pengisian minyak yang terkini.
Jika Baki Sebelum adalah sebanyak 300 liter, selepas pengisian sebanyak 32.565 liter, Baki Semasa iaitu baki kuota yang tinggal selepas pengisian adalah sebanyak 267.435 liter.
Selain maklumat tentang subsidi, pada resit juga tertera informasi seperti mata ganjaran Mesra yang diperolehi setiap kali selesai transaksi.
Guna aplikasi Setel, senang lagi memudahkan
Nak lagi senang, isi minyak guna aplikasi Setel. Anda pun tak perlu nak buat pengesahan identiti menggunakan MyKad setiap kali nak isi minyak.
Dengan Setel, pengesahan cuma perlu dibuat sekali je dan boleh terus isi minyak dengan mudah.
Maklumat tentang kelayakan minyak BUDI95 setiap bulan pun dibekalkan dalam aplikasi. Mudah sangat-sangat nak buat pemantauan berapa banyak dah kelayakan yang digunakan.

Resit pun tak perlu cetak kerana Setel dah bekalkan e-resit untuk setiap pengisian tau. Maklumat tentang mata ganjaran Mesra juga ada di dalam aplikasi Setel.

Jadi, tak perlu bertangguh. Segera muat turun aplikasi Setel menerusi:
Google PlayStore: https://play.google.com/store/search?q=setel&c=apps&hl=en
Apple AppStore: https://apps.apple.com/my/app/setel-ron95-at-rm1-99/id1441424081
Mudah. Jangan lupa guna referral code ini, “c-5etel” dan nikmati cashback sebanyak RM5.


Selain menggunakan aplikasi Setel, PETRONAS turut menyediakan tiga opsyen berbeza yang boleh digunakan oleh anda untuk menikmati BUDI 95.
Guna MyKad, tap di pam minyak

Bayar & buat pengesahan identiti di kaunter atau dalam Kedai Mesra

Pembelian menggunakan aplikasi Touch & Go (TNG) melalui PETRONAS via Setel

Apa pun, sekali lagi kami nak tekankan, sangat penting untuk anda cetak resit dan ambil tahu info-info yang dibekalkan.
Resit tersebut boleh digunakan untuk melihat perbezaan antara harga pasaran dengan harga subsidi RON95.
Selain itu, anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan kelayakan 300 liter BUDI95 yang tinggal setiap kali pengisian dibuat. Anda disarankan untuk menyimpan resit-resit tersebut sebagai rujukan di masa depan.
The post Masih Ada Keliru, Ini Cara Baca Resit & Jangan Terlepas ‘Part’ Ni Bila Guna Budi95 appeared first on Siakap Keli.


![[VIDEO] Ifa Raziah bengang tak dapat subsidi Budi Madani RON95](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)