Masih Ada Majikan Degil Tak Bayar Pekerja Ikut Gaji Minimum RM1,700 – JTKSM

LocalBusiness & Finance
23 Apr 2025 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Masih ada syarikat yang tidak mematuhi Perintah Gaji Minium RM1,700 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Februari lalu dan menurut Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), majikan yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata, pihaknya mengesan masih ada dalam kalangan 35 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara gagal membayar pekerja mengikut gaji minimum.

image is not available

Katanya, JTKSM telah menerima banyak aduan daripada pekerja syarikat kawalan keselamatan yang mendakwa mereka masih dibayar pada gaji minimum pokok sebelum ini iaitu RM1,500 sebulan.

Sebab itu kita adakan operasi serentak memeriksa 35 syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara dan kita dapati masih ada syarikat bayar gaji minimum kadar lama iaitu RM1,500 sebulan atau RM2,000 lebih termasuk kerja lebih masa.

image is not available

Tambah Kamal, dia berharap syarikat yang didapati tidak mematuhi gaji minimum RM1,700 akan segera patuhi undang-undang dan membayar tunggakan gaji bermula gaji Mac dan April.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 weeks ago

“Pentingkan Diri, Tamak, Abaikan Pekerja” – PERKESO Dedah Majikan Sektor F&B Dan Penginapan Paling Liat Bayar Caruman