Thermomix, Air Fryer Antara 12 Barang Yang Dituntut Cik Epal, Minta Jofliam Pulangkan Apabila Hantar Anak-anak Nanti

Entertainment
23 Apr 2025 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perang dingin antara Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam dilihat masih belum berpenghujung, terkini Cik Epal membuat satu hantaran ditujukan kepada Jofliam untuk menuntut barang-barang miliknya yang ada di dalam rumah lamanya itu.

Tegasnya, dia mahukan kesemua 12 barang tersebut ketika bekas suami memulangkan anak-anak mereka iaitu Han dan Yuki pada minggu depan.

Melihat kesemua barang-barang itu, ia kemungkinan mempunyai sedikit nilai sentimental buat Cik Epal kerana baju ibu bapanya antara barang yang dituntut, termasuklah semua pinggan mangkuk berwarna putih emas, pinggan mangkuk berjenama Corelle yang dihadiahkan oleh ibunya sempena perkahwinan, alat memasak canggih Thermomix, semua alat bento, papan pemotong yang mengandungi nama “Cik Epal”, periuk nasi, air fryer, kasut miliknya dan banyak lagi.

Boleh lihat semua senarai di bawah ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cik Epal (@cikepal06)

Kata Cik Epal, tujuan dia membuat perkongsian tersebut adalah untuk memberi peringatan awal agar Jofliam mempunyai masa untuk menyediakan kesemua barang-barang yang disenaraikan itu.

Oktober tahun lepas, Cik Epal membuat pengumuman bahawa dia sudah sah bercerai dengan Jofliam setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Cik Epal dan Jofliam berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Han dan Yuki.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.