Masih Ada Yang Tersilap Pasang, Ini Panduan Gantung & Cara Guna Jalur Gemilang Dengan Betul [Video]

21 Aug 2026 • 1:22 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang lelaki berkongsi foto Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di medan selera sebuah pusat membeli-belah.

Bukan itu sahaja, ada juga kes yang sama berlaku di pintu masuk sebuah pasar raya lain.

Namun begitu, selepas menjengah ke ruangan balas, sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apakah kesilapan yang dilakukan dan bagaimana bendera itu dianggap dipasang terbalik walhal kedudukan bulan dan bintang adalah betul.

Image from: Masih Ada Yang Tersilap Pasang, Ini Panduan Gantung & Cara Guna Jalur Gemilang Dengan Betul [Video]
Image from: Masih Ada Yang Tersilap Pasang, Ini Panduan Gantung & Cara Guna Jalur Gemilang Dengan Betul [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kompromi, Premis Tular Pasang Jalur Gemilang & Bendera Negeri Johor Terbalik Diarah Tutup Sementara

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Jalur Gemilang Tanpa Bulan & Bintang: “Kes Tak Disengajakan” – MB Terengganu

Apa Elemen Wajib Ada Pada Jalur Gemilang

Memandangkan ada yang masih kurang tahu, di sini kami kongsikan panduan tepat bagi memasang Jalur Gemilang melintang dan gegantung mengikut tatacara yang dikongsi oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen).

Kriteria dan elemen yang wajib ada pada Jalur Gemilang:

  • Perlu ada bulan dan bintang pecah 14
  • Mempunyai 14 jalur, tujuh berwarna merah dan tujuh lagi berwarna putih
  • Jalur teratas mestilah berwarna merah dan diakhiri dengan jalur berwarna putih di bahagian bawah (bagi bentuk bendera bentuk melintang)
Image from: Masih Ada Yang Tersilap Pasang, Ini Panduan Gantung & Cara Guna Jalur Gemilang Dengan Betul [Video]
Foto: JaPen

Cara Pasang Jalur Gemilang Melintang, Flagline & Jenis Gegantung

#1 Cara pemasangan Jalur Gemilang yang tepat (bendera melintang):

  • Bendera dipasang secara melintang (kedudukan bulan dan bintang berada di atas sebelah kiri bendera)
  • Bendera boleh disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti yang banyak (flagline)
  • Jika disambung secara flagline, kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga
Image from: Masih Ada Yang Tersilap Pasang, Ini Panduan Gantung & Cara Guna Jalur Gemilang Dengan Betul [Video]
Foto: Jalur Gemilang flagline.
Sumber: Malay Mail

Apa yang tidak dibenarkan untuk pemasangan bendera secara melintang?

  • Bendera saiz biasa tidak boleh digantung secara menegak
  • Bendera tidak boleh dipasang secara terbalik atau menegak, begitu juga untuk kedudukan flagline
  • Bendera bentuk segi tiga tidak boleh disambung dalam kedudukan flagline

#2 Cara pemasangan Jalur Gemilang jenis gegantung:

  • Dari sudut hadapan, bendera jenis gegantung bermula dengan jalur berwarna merah (sebelah kiri) dan diakhiri dengan jalur berwarna putih
  • Bendera mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjang bendera
Image from: Masih Ada Yang Tersilap Pasang, Ini Panduan Gantung & Cara Guna Jalur Gemilang Dengan Betul [Video]
Foto: Jalur Gemilang jenis gegantung
Sumber: Malay Mail

Apa yang tidak dibenarkan untuk pemasangan bendera jenis gegantung?

  • Jalur Gemilang gegantung tidak boleh dikibarkan secara melintang
  • Bendera jenis gegantung yang tiada ekor di bawahnya

Untuk pemahaman dan bayangan yang lebih jelas, sila rujuk gambar di bawah tentang cara menggantung Jalur Gemilang yang betul:

Jangan Guna Jalur Gemilang Sesuka Hati Pada Pakaian Atau Tujuan Fesyen

Sepanjang bulan kebangsaan ini juga, sudah pasti ramai yang bersemangat untuk menghiasi ruangan rumah, pejabat, sekolah dan bermacam-macam dengan dekorasi berilhamkan Jalur Gemilang.

Malah ada juga yang menjadikan Jalur Gemilang ini sebagai satu set pakaian. Bagaimanapun, sama seperti cara pemasangan, penggunaan bendera ini juga mempunyai tatacaranya tersendiri.

Di bawah kami kongsikan apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan bagi penggunaan Jalur Gemilang:

Penggunaan Jalur Gemilang yang betul:

  • Bendera tidak bertindih dengan teks atau gambar pada foto, video, banner, bunting dan sebagainya
  • Penggunaan warna asas bendera sahaja (merah, putih, biru, kuning) pada mana-mana aksesori atau pakaian
  • Hanya warna asas bendera boleh digunakan bagi tujuan fesyen dan peragaan
  • Bendera sebagai penutup keranda dalam istiadat pemakaman dan pengebumian negara
  • Kaedah untuk memasang bendera pada kenderaan
  • Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang tidak membahayakan keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain

Penggunaan Jalur Gemilang yang salah:

  • Visual bendera bertindih dengan sebarang teks
  • Bendera dalam bentuk yang mengubah rupa fizikalnya sebagai contoh dalam bentuk simbol
  • Bendera dilukis atau dibalut pada objek
  • Bendera dalam bentuk yang mengubah rupa fizikalnya bagi tujuan fesyen atau peragaan
  • Jalur Gemilang pada kenderaan terlalu besar dan menghalang pandangan pemandu

Salah Pasang Atau Papar Jalur Gemilang Boleh Dikenakan Tindakan

Untuk info, sebarang kesalahan pemasangan atau pemaparan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang secara tidak wajar boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya perkara itu menimbulkan kekeliruan, salah faham serta kegusaran awam.

Jabatan Peguam Negara sebelum ini mengingatkan bahawa pihaknya memandang serius isu terbabit termasuk perbuatan memaparkan, mengibarkan atau memasang bendera negara yang tidak mengikut tatacara yang ditetapkan.

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Batang Benar Bersemangat Pasang Bendera Untuk Rai Kemerdekaan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved