Penduduk Batang Benar Bersemangat Pasang Bendera Untuk Rai Kemerdekaan [Video]

20 Aug 2026 • 4:42 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Penduduk Batang Benar Bersemangat Pasang Bendera Untuk Rai Kemerdekaan [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali tiba sahaja bulan Ogos, pasti ramai yang bersemangat untuk meraikan Hari Kemerdekaan negara.

Yelah sebagai rakyat Malaysia kita pasti tahu pengorbanan dilakukan oleh nenek moyang yang berjuang demi mendapatkan kemerdekaan. Oleh itu, semangat partriotik perlu ditanam dalam setiap generasi agar masyarakat hidup harmoni, aman dan sentiasa ada antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Penduduk setempat di Batang Benar semangat pasang bendera

Baru-baru ini penduduk di Jalan Kampung Batang Benar, Negeri Sembilan telah menjadi perhatian ramai apabila mereka dilihat bersemangat memasang bendera di bulatan jalan.

Menerusi video dikongsikan oleh Boss Alex di TikTok, awalnya kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengira batang plastik yang digunakan untuk memasang bendera.

Malah turut kelihatan remaja dan orang dewasa lain yang dilihat dengan semangat memasang bendera Jalur Gemilang dan juga bendera Negeri Sembilan.

Siap sebut ‘Merdeka!’ ketika pegang bendera untuk dipasang

Bukan hanya itu, terpacar wajah gembira mereka memegang bendera sambil menyebut ‘Merdeka!’

Turut kelihatan beberapa wanita yang berada di tepi jalan sedang mengibarkan bendera itu secara perlahan-lahan sementara menunggu kumpulan lelaki mencucukkan tiang bendera itu ke tanah di sekitar bulatan jalan.

Beberapa orang lelaki dilihat turut memasuk alatan dipercayai besi ke dalam tanah untuk membuat lubang sebelum mencucukkan batang bendera tersebut.

Bersungguh-sungguh pasang lebih daripada 10 bendera

Mereka semua termasuklah remaja dilihat begitu bersungguh-sungguh memasang bendera tersebut.

Kelihatan mereka memasang lebih daripada 10 bendera di kawasan berkenaan.

@bossalex1491

Replying to @pastisedapdanlazatsemangat merdeka #merdeka2026 #harikebangsaan2026 #pasangbendera #benderamalaysia #jalurgemilang @Jaiho89 @ALEX&Team @Alex Jee

♬ Tiki Tah – Zane Roberts

Turut kongsi cara naikkan bendera di tiang lampu tinggi

Sebelum ini, Boss Alex juga ada berkongsi video bagaimana mereka menaikkan bendera Jalur Gemilang di tiang lampu yang tinggi.

Dalam video itu kelihatan mereka cuba membaling tali ke atas lampu sebelum menaikkan bendera di atasnya.

Perkara itu dilakukan beberapa kali sebelum mereka berjaya meletakkan tali berkenaan sebelum bendera itu berkibar cantik di atas tiang tersebut.

@bossalex1491

2026 #jalurgemilang #benderamalaysia #pasangbendera #harikebangsaan2026 #merdeka2026 @Jaiho89

♬ original sound – LilyLily – LilyLily
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved