Masih Amalkan Aurad Muhammadiah, Pahang Fatwakan GISBH Sesat

LocalPolitics
5 Oct 2024 • 11:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mufti Pahang, Prof. Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim menerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang memutuskan fatwa bahawa pengikut-pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah menyeleweng dan sesat.

image is not available

Memetik laporan Kosmo!, keputusan tersebut dibuat setelah mendapat perkenan dari Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jawatankuasa itu telah memutuskan pengikut GISBH sebagai sesat dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada 2 Oktober lalu.

Keputusan itu diambil kerana pengikut GISBH masih mengamalkan Aurad Muhammdian yang dibawa oleh Al-Arqam yang telah diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994.

Mengenai perniagaan GISBH pula, Asmadi berkata sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH juga tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak.

image is not available

Beliau juga mengesa pihak berkuasa dan orang ramai untuk membantu dalam merangka dan melaksanakan pemulihan serta pemantauan kepada pengikut-pengikut GISBH.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.