Masih banyak ruang penambahbaikan untuk stesen minyak demi keselesaan ramai: PM

LocalPolitics
25 Oct 2024 • 9:00 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk kemudahan pengunjung.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri yakin ia dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

“Saya percaya, masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,’’ katanya.

Beliau turut membuat pemeriksaan mengejut di stesen Petronas di Presint 16, Putrajaya selepas selesai menunaikan solat Jumaat hari ini termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.


“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16 termasuk dari segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam.

“Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung,’’ katanya. - 25 Oktober, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved