Subsidi RON95: Tunjuk Mykad, Bukti Kita Rakyat Malaysia

LocalPolitics
21 Oct 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kerajaan dikatakan masih mempertimbangkan mengenai cadangan mengenai rakyat Malaysia perlu menunjukkan MyKad jika mereka mahu mengisi minyak RON95.

image is not available

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, MyKad boleh membuktikan seseorang itu adalah rakyat Malaysia.

"Jadi, apabila anda pergi ke stesen minyak, seperti anda menyelit kad kredit atau kad bonus link, anda hanya perlu menyelitkan MyKad supaya harga pam yang dipaparkan pada kadar subsidi untuk rakyat Malaysia.

“Kami masih perlu memuktamadkan mekanisme ini dalam beberapa bulan akan datang. Saya rasa lebih banyak butiran akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dalam beberapa bulan lagi,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan dalam Belanjawan 2025 merancang untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 bermula pertengahan tahun depan.

Dia berkata 85 peratus rakyat akan terus mendapat manfaat daripada subsidi RON95, yang akan menelan belanja kerajaan sebanyak RM12 bilion.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved