“Masih beginner” – Gara-gara Salah Jawab Soalan, Cikgu Tengking Murid Darjah 1

Entertainment
26 Oct 2022 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seiring dengan peredaran zaman, kita dapat menyaksikan perubahan dalam mengendalikan sesuatu perkara, tak kira dari apa-apa aspek sekalipun termasuklah pendekatan seorang pendidik dalam mengajar anak muridnya di kelas.

Misalnya, kalau dulu gunakan pendekatan ketegasan, iaitu merotan, memarahi dan denda untuk mengajar murid jika buat silap, tetapi kini, lebih ke arah psikologi iaitu komunikasi dan interaksi.

Bagaimanapun, kaedah ini tidaklah untuk menjatuhkan, cukup hanya untuk beri peringatan bukan tempat untuk melepas geram.

 

Murid darjah 1 takut masuk kelas

Viral di TikTok apabila seorang wanita terkilan selepas dia mendengar sesi pembelajaran anak buahnya yang baru sahaja darjah 1.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Sapikha, anak buahnya itu selalu ketakutan untuk masuk ke kelas satu mata pelajaran ini. Dia terdengar cikgu tersebut memaki hamun, menjatuhkan maruah dan memalukan anak buahnya hanya kerana jawab salah.

Menurut Sapikha lagi, apa yang ditengking itu adalah berkenaan dengan perkara yang tak perlu dan lebih kearah untuk menjatuhkan air muka pelajar.

@sapikhaa

Patutlah selama ni anak buah i asik takut & anxious nak masuk class dia ni. Walaupun anak buah i masih dalam “Beginner” level untuk subjek yg diajar cikgu ni, i rasa tak patut dia dimalukan, ditengking, degraded di depan kawan-kawan dalam class. Dari bebel benda tak perlu lebih baik cikgu ni pergi approach pelajar, terangkan sampai dia faham. Kan guru ada belajar pelbagai cara mengajar untuk different “Competency Levels” dalam kelas yg bercampur aduk kemahirannya.. Kalau betul lemah sangat, boleh bincang dengan ibu bapa & pihak atasan untuk langkah seterusnya. I believe semua guru subjek lain kena deal dengan pelajar “Beginner” yg perlukan bimbingan lebih di kalangan pelajar “Intermediate” & “Advance”. Cuma ada setengah guru ada skills, common sense & empathy untuk mengajar dengan cara yg dilatih. Setengah lagi guru hanya mampu membebel & jadi pembuli budak darjah 1.

♬ original sound – Sapikha Law – Sapikha Law

Menurut Sapikha lagi, guru tersebut hanya membebel dan mengeluh. Baginya lagi, seandainya anak buahnya merupakan murid yang agak lemah, ada kaedah lain untuk membimbing, bukannya kaedah begini.

 

@sapikhaa

Replying to @Opat7449 kalau cikgu tu guna energy mengeluh membebel berjela-jela tu untuk guide pelajar slow-slow kan bagus… berbaloi penat dia sebab akhirnya pelajar faham la arahan. Ni bebel benda takde faedah maka dia dapat penat jela..

♬ original sound – Sapikha Law – Sapikha Law

Lebih teruk lagi, Sapikha kongsikan bahawa ada pelajar lain yang cuba nak tolong ajar dia, tetapi cikgu tak bagi malah dia hina dan herdik lagi.

Bagaimanapun, Sapikha menyatakan bahawa dia faham cikgu tersebut mahu melatih pelajar ini untuk lakukannya sendiri tapi kaedah dan caranya itu tidak kena pada acuannya.

“Pelajar ni tak faham, dan cikgu pun well aware pelajar ni tak tahu & tak faham. Tapi cikgu memilih untuk buang masa menghina & memalukan pelajar instead of mengajar selaras dengan pedagogy yg disarankan untuk pelajar level “Beginner” ini.”

“Walaupun tak faham macam mana nak siapkan kerja yang cikgu bagi, boleh nampak pelajar ni cuba salin dan lengkapkan buku. Bukan berborak, bermain atau berlari dalam kelas.”

@sapikhaa

Replying to @PizzaKampung_CikAyim sebelum tu pun ada pelajar lain cuba tolong ajar tapi ini respon cikgunya.. dan tambah lagi penghinaan & herdikan tahap intelek dia. Our teachers were trained to be so much better than this! Saya tau cikgu nak dia cuba buat sendiri tapi tak perlu guna condescending tone macam tu. Pelajar ni tak faham, dan cikgu pun well aware pelajar ni tak tahu & tak faham. Tapi cikgu memilih untuk buang masa menghina & memalukan pelajar instead of mengajar selaras dengan pedagogy yg disarankan untuk pelajar level “Beginner” ini. Walaupun tak faham macam mana nak siapkan kerja yg cikgu bagi, boleh nampak pelajar ni cuba salin dan lengkapkan buku. Bukan berborak, bermain atau berlari dalam kelas..

♬ original sound – Sapikha Law – Sapikha Law

Hurm, kalau kita dengar pun, memang agak harsh juga lah untuk pelajar darjah satu. Mungkin zaman kita ok tapi sekarang ni tak valid, murid lagi rasa down.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article