Seorang kanak-kanak autisme berumur 6 tahun dilaporkan hilang lebih kurang jam 12 tengah hari, Selasa. Menerusi hebahan yang dibuat ibu, Zayn Rayyan yang kurang upaya tidak boleh bercakap memakai baju sekolah berkolar berwarna putih, berseluar hitam dan memakai kasut sekolah.


Kali terakhir Zayn Rayyan dilihat berada di kawasan perumahan di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan pada pukul 6.36 petang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau di mana-mana balai polis berhampiran.
Kredit: Facebook Izz Manaf | Polis Daerah Petaling Jaya

