Masih Belum ‘Move On’ Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k

29 Aug 2022 • 12:39 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kali ni pula edisi konsert Singapura!

Masih Belum ‘Move On’ Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k. Beberapa minggu lalu, artis antarabangsa Billie Eilish telah datang ke Malaysia untuk mempersembahkan sebuah konsert sebagai sebahagian daripada world tour beliau. Beliau kemudian pergi ke Singapura untuk meneruskan baki perhentian di Asia Tenggara.

Hanya beberapa hari selepas konsert Malaysia Billie Eilish, beberapa penjual dalam talian telah mula menampilkan diri dengan menjual barangan yang mendakwa milik Billie Eilish. Tetapi kali ini, kami rasa edisi Singapura lagi wow – seorang penjual menjual ‘udara’ dari konsert Billie Eilish pada harga S$15,000 (iaitu sekitar RM48,000!)

image is not available
Masih Belum ‘Move On’ Lagi, Kini Udara Konsert Billie Eilish Dijual Dengan Harga Sekitar RM48k

“Very rare!”

Perkara itu dilaporkan oleh mothership.sg yang menyatakan seorang individu sedang menjual ‘udara’ di dalam plastik dengan harga RM48,000.

Difahamkan, penjual tersebut mendakwa dia sendiri sangat dekat dengan pentas Billie Eilish semasa konsert berkenaan dan mengambil udara nafas Billie Eilish – siap memuat naik foto ketika di konsert di mana artis itu betul-betul berada di hadapannya.

image is not available
Gambar dimuat naik penjual itu untuk meyakinkan pembeli. Kredit foto: mothership.sg

Yang lebih menghiburkan, plastik itu dilihat disimpan dalam balang sebagai jaminan untuk mengelakkan udara itu bocor. Alahai, tak tau nak menangis ke ketawa ni.

Apa yang menarik tentang perkara ini adalah, jualan plastik itu sahaja 50 kali ganda lebih mahal daripada tiket priority standing CAT 1 untuk konsert tersebut. When a bag of air is even more expensive than a concert ticket…

image is not available
Plastik itu kini disimpan dalam balang sebagai jaminan. Kredit foto: mothership.sg

Bagi kita yang ada ‘common sense’ ni, kita memang tau benda macam ni agak keterlaluan tapi bukan tak pernah berlaku peminat tegar sanggup buat atau beli apa2 je untuk dapatkan merchandise artis kegemaran mereka.

Agak2 nya ada ke tak orang akan beli plastik udara ni?

Sebelum ini, beberapa netizen terhibur dengan penjual yang menjual botol Billie Eilish dengan harga RM1.2k – Botol tu dah siap dibeli tau!

Konsert Billie Eilish pula tiada kurang kontroversinya mengenai pengurusan konsert: