Udara Dari Konsert Billie Eilish Di Singapura Dijual, Cecah Harga RM48K Seikat

Entertainment
27 Aug 2022 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam siri konsert jelajah dunia, Billie Eilish turut mengadakan konsert buat peminatnya di Singapura. Kehadiran peminat yang membanjiri lokasi konsert pastinya dicemburui oleh mereka yang tidak berkesempatan untuk menghadirinya.

image is not available

Untuk peminat Billie Eilish yang tak pergi konsertnya tempoh hari, korang masih boleh merasai sendiri pengalaman dengan membeli udara dari konsert itu. Ya, betul. Korang boleh beli udara dari konsert Billie Eilish di Singapura.

image is not available

Memetik laporan Mothership SG, udara dari konsert Billie Eilish di Singapura dijual pada harga $15,000 (bersamaan kira-kira RM48,000). Cenderahati tidak rasmi itu dijual di laman Carousell dan diletakkan dalam plastik dan diikat dengan getah oren bagi mengekalkan kesegarannya.

image is not available

Untuk rekod, siri konsert jelajah dunia “Happier Than Ever” Billie Eilish itu telah diadakan pada 21 Ogos 2022 di Stadium Nasional Singapura.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article