Masih Berbisa! Safee Sali Gelecek Pemain EPL, Berjaya Jaringkan Gol

Entertainment
3 Jun 2023 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas pemain kebangsaan Safee Sali membuktikan beliau masih lagi berbisa apabila menjaringkan gol pada kejohanan The Soccer Tournament (TST) yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Safee yang mewakili Far East United masih lagi memiliki penyudah yang tajam apabila berjaya membantu pasukannya menewaskan West Ham United dalam aksi pertama peringkat kumpulan D semalam.

image is not available

Dalam perlawanan tersebut, gol daripada Safee berjaya membantu Far East menewaskan West Ham dengan jaringan 4-2.

Lebih menarik lagi, Safee melakukannya sendirian dengan mengelecek menerusi gerakan solo yang turut memerangkap pemain Liga Perdana Inggeris iaitu Anton Ferdinand.

Gerakan menarik itu tular di media sosial sekali gus membanggakan penyokong bola sepak tempatan tempatan yang melihat pemain terbabit masih memiliki skill padu walaupun sudah mengumumkan persaraannya awal tahun ini.

Video aksi Safee Sali itu boleh ditonton dalam video @avineshW90 dibawah

Untuk rekod, kejohanan ini disertai 32 pasukan daripada lapan kumpulan dan berlangsung pada 1 sehingga 4 Jun 2023 dan bermain dengan format tujuh sebelah.

Bekas pemain kebangsaan berumur 39 tahun itu bakal berdepan dua lagi perlawanan menentang Dallas United dan Culture By Mo Ali FC.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.