Masih Dalam Proses Belajar, Riena Diana Dah ‘Ready’ Nama Islam Untuk Keith Foo – “Kita Tengok Tahun Depan Macam Mana…”

EntertainmentLifestyle
8 Jul 2025 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun baru setahun menjalin cinta, aktres Riena Diana berkata dia dan kekasih, Keith Foo sudah mempunyai banyak perancangan tentang masa depan mereka.

Kata aktres berusia 27 tahun itu, Keith kini sedang dalam proses mendalami agama Islam sebagai persediaan sebelum mereka ke peringkat seterusnya iaitu alam perkahwinan.

Keith masih dalam proses belajar, sekarang pun baru belajar doa makan dan masih belum mahir.

image is not available

Tambah Riena ada beberapa perkara lain yang menggembirakan buat mereka namun belum bersedia untuk dikongsikan kepada umum.

Riena juga berkata mereka mahu mengelak daripada orang ramai mengata bahawa aktor tersebut menukar agama hanya semata-mata sebab mahu berkahwin.

Kalau boleh, kami tak mahu buat keputusan terburu-buru seperti hari ini masuk Islam, esok terus nikah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

Keith, 42, juga akui mahu memeluk Islam terlebih dahulu dan benar-benar faham tentang ajaran agama Islam sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Riena berkata dia sudah mempunyai nama Islam untuk Keith sekiranya aktor itu memilih untuk menukar agama namun enggan terlalu memaksa kekasihnya.

Kami sudah berbincang mengenai perkara ini. Keith juga bagi saya peluang untuk pilih nama Islam, cuma kami belum sedia untuk kongsi lagi.

Keith pula berkata pelbagai berita gembira akan mereka kongsikan kepada peminat pada tahun hadapan dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Riena.

image is not available 3 weeks ago

Mesra Berpelukan, Riena Diana & Keith Foo Dikritik Netizen - "Gaya Macam Dah Lama Nikah..."