Masih Follow Di Instagram, Sarah Dakwa Ruhainies Masih Contact Aliff Aziz

15 May 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Selepas lama juga mendiamkan diri, Sarah Yasmine tampil dengan kenyataan baharu melibatkan aktres sensasi Ruhainies. 

Sarah dakwa Ruhainies menipu?

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Sarah telah mendakwa Ruhainies telah menipu orang ramai dan dipercayai masih lagi berhubung bersama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz.

“Kan saya dah cakap. selagi masih follow tu, masih in contact. Kalau dah tak follow, baru tak in contact sebab ada lah alasannya saya dah keluarkan hari itu.

“Sekarang memang tak nak diam diam lagi. Saya tahu Ruhainies call call semua.

“Baru tahu dia punya tipu level tahap mana dengan semua orang juga,” dakwanya. 

image is not available

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis tiada lagi sebarang respons daripada pihak Ruhainies berhubung dakwaan tersebut. 

Sebelum ini, Ruhainies telah membuat pengakuan tidak lagi berhubung dengan Aliff selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan aktor tersebut.