Masih Ingatkah Pada Lelaki Kekwat Dalam MRT Ini? Rupanya Dah Banyak Kali Buat Hal, Netizen Siap Kumpul Bukti!

10 Dec 2023 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang individu baru-baru ini tular di Platform X selepas sikapnya yang dianggap tidak bertimbang rasa dikritik netizen.
 
Menerusi beberapa hantaran warganet, individu itu dikatakan sering melakukan tindakan yang kurang menyenangkan seperti makan dan enggan memberi tempat duduk ketika berada di dalam pengangkutan awam.
 
“Hati-hati dengan lelaki ni yang tak bertimbang rasa dalam LRT. Seseorang minta dia alihkan beg daripada tempat duduk, tapi dia buat muka dan menolak,” tulis seorang netizen.
image is not available
 
Dalam pada itu, ada juga individu lain yang merakam lelaki sama membuang sampah merata-rata ketika berada di sebuah restoran.
 
“Lelaki ni duduk dan buang sampah merata-rata atas lantai. Atas meja pun dia tinggalkan sampah.”












image is not available