Masih mampu bayar peguam, Michael Ang terharu ramai yang prihatin

24 Jul 2024 • 11:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang terharu ramai yang prihatin hingga ada yang bertanyakan sama ada dia membuka tabung untuk membuat kutipan derma ataupun tidak susulan bakal disaman RM500,000 oleh syarikat hiburan.

Ramai mesej tawarkan perkhidmatan

Menerusi hantaran pengarah berkenaan di Instagram, dia menyatakan ramai peguam telah meninggalkan mesej kepadanya dengan menawarkan perkhidmatan bagi membantu menguruskan kes tersebut.

image is not available

Michael Ang terharu ramai yang prihatin, sebenarnya dah sedia nak kena kecam

Ujar Michael, dia sebenarnya sudah bersedia untuk dikecam oleh netizen berikutan isu terbabit, namun tidak sangka apabila ramai yang memberikan kata-kata semangat untuknya.

“Sebenarnya dah prepare dari semalam hari ni kita Akan kena ludah n baca benda benda menyakitkan hati tak sangka ada jugak sudi bagi kata2 semangat!” tulisnya.

image is not available

Michael Ang terharu ramai yang prihatin, sudah ada peguam sendiri

Walau bagaimanapun, pengarah berkenaan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghubunginya untuk menawarkan bantuan terutamanya peguam kerana dia sudah mempunyai wakil sendiri bagi menguruskan kes terbabit.

Terima kasih banyak-banyak kepada peguam-peguam yang mesej untuk tawatkan perkhidmatan. Saya hargai sangat-sangat,

“Tapi saya dah ada peguam. Benda ini pun bukan baru,” tulisnya.

image is not available

Masih mampu bayar peguam lagi

Dalam pada itu, ada netizen yang bertanyakan sama ada dia ada membuka tabung ataupun tidak untuk derma bagi membayar khidmat peguam.

Namun, perkara itu dibalas oleh Michael dengan menzahirkan rasa syukur kerana masih mampu membayar sendiri peguam untuk mengendalikan perkara berkenaan.

image is not available

Terdahulu, pengarah drama Setelah Terlafaznya Akad itu telah disaman syarikat hiburan iaitu Armani Entertainment Group susulan melanggar kontrak yang telah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 bagi menjayakan drama dan program realiti.

Sumber: Instagram Michael Ang