Michael Ang tiada komen, serah pada peguam -“Biasalah artis kena saman..”

24 Jul 2024 • 5:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengarah, Michael Ang tiada komen berhubung tuntutan bayaran sebanyak RM500,000 yang dibuat oleh syarikat pengurusan Armani Entertainment.

Michael tampil membuat kenyataan di platform Instagram selepas menerima banyak panggilan daripada media bagi menjawab mengenai isu saman tersebut.

Michael Ang tiada komen

Jelas pengarah berusia 48 tahuh, buat masa ini dirinya sibuk menjalani penggambaran dan mengambil keputusan untuk membuat kenyataan secara terbuka di media sosial.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut selain menyifatkan ia adalah perkara biasa.

“Biasalah orang atau artis kena saman. Mereka fikir dia betul dan saya fikir saya betul.
“Maka, bermulalah saman menyaman,”jawabnya.

image is not available

Tiada komen, biar peguam uruskan

Pada masa sama, pemilik nama Ang Hai Swee memberitahu dia menyerahkan segala urusan tersebut kepada pihak peguam daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan.

image is not available

Terdahulu, sebuah syarikat pengurusan iaitu Armani Entertainment Group memfailakan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.

Difahamkan, pihak berkenaan akan menuntut wang berjumlah RM500,000 daripada Michael kerana telah melanggar kontrak yang telah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 bagi menjayakan drama dan program realiti.

image is not available

Antara tanggungjawab Micheal di dalam kontrak yang telah mereka tandatangani adalah mendapatkan empat bakat dari Armani Entertainment Group sebagai watak utama dalam drama pengarah itu.

Ini termasuk memasukkan lagu Armani Entertainment dalam original sound track (OST) dalam drama yang dihasilkan oleh pengarah itu.

Sumber: Instagram Michael Ang