“Masih panggil sayang” – Tular Video Wanita ‘Serang’ Suami Curang, Netizen Pun Naik Angin!

Entertainment
3 Jul 2024 • 12:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila adanya ketidak puasan hati dalam rumah tangga atau pertelingkahan, lebih baik jika menyelesaikannya bersama-sama dan jangan libatkan orang ketiga.

Pun begitu, tidak semua berpendapat sebegitu dan memilih untuk curang dengan pasangan mereka.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang isteri bertindak menyerang suaminya yang sedang berdua-duaan dengan seorang wanita lain dalam kereta.

Lelaki itu cuba menenangkan isterinya yang sedang menjerit kerana terlalu marah namun isterinya gagal menahan emosi dan kemudian menyerang wanita yang bersekedudukan dengan suaminya itu pula.

Wanita itu bagaimanapun hanya berkata dia ingin mengambil buah durian daripada suaminya itu dan tidak melakukan perkara lain.

“Tinggalkan je lah laki tu”

Video itu dengan pantas menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian ramai netizen, rata-rata netizen geram dengan tindakan lelaki itu malah ada juga yang merasakan si isteri sepatutnya terus tinggalkan lelaki tersebut.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar si isteri itu sentiasa kuat menempuh dugaan yang dihadapinya itu.

image is not available

Berat dugaan akak ni, semoga kekal tabah…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article