
Ya, anda masih punya masa untuk membeli-belah untuk merayakan Tahun Baharu Cina 2025.
Sempena meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Skechers, the Comfort Technology Company™ dan peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi, melancarkan koleksi pakaian eksklusif yang direka untuk dewasa dan kanak-kanak.

Sesuai untuk pakaian keluarga atau pasangan trendy, koleksi ini menggabungkan gaya ceria dan keselesaan untuk bertandang ke rumah terbuka dan sesi ‘yee sang’, malah ia juga ideal untuk digayakan pada bila-bila masa untuk acara kasual.
Koleksi Tahun Ular ini membariskan beberapa rekaan versatil untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak yang terdiri daripada baju T lengan pendek, gaun tanpa lengan, dan kemeja polo.
Diperbuat daripada fabrik gabungan kapas premium, poliester dan elastane, koleksi ini memiliki kelembutan dan pengudaraan yang tiada tandingan, sesuai untuk bersantai di dalam rumah atau kekal bergaya sepanjang masa.

Knit Short Sleeve T-shirt, RM119. Tersedia dalam warna White Alyssum, Off White / Navy Stripe dan Chinese Red

Knit Short Sleeve Polo Shirt, RM179. Tersedia dalam warna Navy Peony dan Chinese Red

Knit Short Sleeve T-Shirt, RM119. Tersedia dalam warna Chinese Red, White Alyssum dan Navy Red Stripe

Knit Sleeveless Dress, RM179. Tersedia dalam warna Navy Peony dan Chinese Red

Koleksi baju kanak-kanak (Harga bermula dari RM99)
Angpau Eksklusif Dan Kucing Comel
Jika anda berbelanja minimum RM300 di kedai Skechers terpilih, anda juga berpeluang membawa pulang satu set angpau yang terdiri daripada enam rekaan yang eksklusif (sementara stok masih ada).
Setiap angpau juga dicetak dengan ucapan tradisional Tahun Baharu Cina, yang melambangkan kemakmuran, kekayaan, dan kejayaan.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang berbelanja besar, iaitu RM550 ke atas di mana-mana kedai konsep Skechers akan turut menerima blind box yang mengandungi patung kucing bertuah yang comel secara percuma.
Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah tawaran menarik ini di kedai konsep Skechers terpilih, termasuk The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.SKECHERS.com.my dan ikuti akaun Facebook mereka di (facebook.com/Skechersmalaysia) dan Instagram (@skechersmalaysia). - Getaran, 28 Januari 2025
Foto : Skechers Malaysia



