Masih Ramai Guna Nombor Plat Palsu

LocalPolitics
20 Aug 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seramai 92 individu ditahan gara-gara menggunakan nombor pendaftaran palsu sepanjang operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dari Januari hingga Julai tahun ini.

Pengarah JSPT, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sepanjang tempoh tersebut juga, sebanyak 184 individu ditahan kerana memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 akta sama.

“Selain itu, sebanyak 830 motosikal telah disita atas pelbagai kesalahan, khususnya melibatkan penggunaan ekzos bising,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, JSPT akan terus mempergiatkan operasi bersepadu bagi mengekang gejala samseng jalanan yang sering mengundang risiko kepada pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai kegiatan itu ke bilik gerakan polis daerah atau kontinjen bagi membolehkan tindakan segera diambil.