Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

30 Oct 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo. 

Tak mampu kawal netizen

Menurut Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, dia tidak mampu mengawal mulut netizen yang membuat spekulasi seperti itu. 

Malah, dia hanya menganggap mereka seperti abang sendiri. 

“Mulut orang kita tak boleh nak cakap apa, kita tak boleh nak kawal, yang saya boleh kawal adalah diri sendiri sahaja.

“Secara jujurnya saya anggap mereka seperti abang sendiri, memang saya tak terbayang kalau nak bercinta dengan mereka, saya pun muda lagi mereka pula jauh muda daripada saya. 

“Saya okay sahaja kalau orang nak kenenkan mungkin vibes itu ada dan kami seperi ada connection itu saya okay sahaja,” ujarnya ketika ditemui Gempak ketika di majlis Shopee Superstar Awards 2024 bertempat di The Agam pada Selasa. 

Sementara itu, pelantun lagu Teman itu turut mendedahkan statusnya yang masih solo. 

Katanya, buat masa sekarang, dia hanya memberi tumpuan terhadap kerjaya seninya sahaja

“Saya masih single dan available, mak saya marah sebab saya masih muda fokus untuk diri sendiri dahulu,” tambahnya lagi. 

Terdahulu, Iman Troye berjaya mencuri tumpuan netizen apabila sering memuat naik hantaran video bersama Naim Daniel, Zubir Khan dan Ezra Kairo.