“Masing-Masing Dah Melalui Jalan Berbeza” – Nora Danish Nafi Duduk Serumah Dengan Nedim

Entertainment
15 Jul 2024 • 9:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon jelita, Nora Danish yang kini manis bertudung kembali mencuri perhatian selepas muncul spekulasi dia masih serumah dengan bekas suaminya, Nedim Nazri. Pulak dah…

Tak mahu mengelirukan peminat dan pengikutnya, Nora tampil menjelaskan isu ini melalui Instastory di akaun peribadi.

Katanya, mereka hanya rapat di atas urusan anak-anak sahaja dan penceraian itu juga adalah permintaannya.

Saya tidak tinggal serumah dengan Nedim dan tidak akan tinggal serumah kerana kami sudah bercerai.

Masing-masing dha melalui jalan berbeza.

image is not available

Nora juga sempat menyatakan bahawa tak mengapa kalau bekas suaminya dilhat dengan perempuan lain.

Jadi biarlah dia dan kehidupannya.

Terdahulu, Nora dan Nedim yang sudah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada 19 Jun lalu.

image is not available

Jap!