Berhijab hadiri majlis agama, warganet love penampilan baharu Nora Danish. 'Moga istiqamah & ditetapkan hati dalam proses hijrah ini'

Entertainment
14 Jul 2024 • 3:27 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Nora Danish menarik perhatian ramai selepas mengubah penampilannya dengan berhijab usai penceraiannya.

Bekas isteri Nedim Nazri itu tampil segar dengan imej baru berhijab dan berpakaian longgar sepanjang menjalani iddah.

Dalam perkembangan terbaharu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkongsi hantaran di Instagram menghadiri majlis agama bersama kakaknya, Nadia Danish dan rakan, Natasha Ozeir.

image is not available

Antara pendakwah yang terlibat ialah Dr Omar Suleiman.

"This moment feels unreal ," kongsi Nora pada kapsyen.

image is not available

Mengakui sejuk mata yang memandang, warganet tidak lupa memuji penampilan manis ibu kepada dua cahaya mata itu di samping mendoakan agar pelakon tersebut mampu beristiqamah.

Ujar mereka:

image is not available

"Sukanya tengok Kak Nora Danish sekarang. Bertambah serinya. Semoga ALLAH menetapkan hati akak dalam proses hijrah kali ni."

"Masya-ALLAH baru nampak kecantikan Nora yang terserlah apabila bertudung."

"Semenjak pakai tudung auto muda. Muka terus jadi budak sekolah ya, comel!"

"Tersentuh melihat perubahan Nora. Harap menjadi inspirasi buat artis-artis lain juga, aamiin."

Sekadar info, 19 Jun 2024 lalu Nora dan Nedim bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam.

Menyangkal dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan, beliau berharap para peminat menghormati perpisahannya bersama Nedim dan tidak timbulkan sebarang teori.

Untuk rekod, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl, 6.