'Masing-Masing Nak Jadi PM' - Hannah Yeoh Dakwa Kerjasama BN-PN Tak Akan Kekal Lama

LocalPolitics
24 Jul 2026 • 11:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

'Masing-Masing Nak Jadi PM' - Hannah Yeoh Dakwa Kerjasama BN-PN Tak Akan Kekal Lama

'Masing-Masing Nak Jadi PM' - Hannah Yeoh Dakwa Kerjasama BN-PN Tak Akan Kekal Lama

Timbalan Setiausaha DAP, Hannah Yeoh menyifatkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak akan bertahan lama, malah mengibaratkannya seperti kapal Titanic yang akhirnya karam selepas melanggar bongkah ais.

Menurut beliau, gabungan kedua-dua parti itu tidak dibina atas asas kepercayaan dan persahabatan politik, sebaliknya dipengaruhi cita-cita untuk merebut jawatan Perdana Menteri.

Katanya, walaupun kerjasama itu dilihat berjalan lancar pada peringkat awal, ia berpotensi berakhir dengan perpecahan apabila masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

"Mereka bersorak gembira pada awal pelayaran, namun akhirnya karam selepas melanggar bongkah ais besar yang gagal dilihat berada di hadapan.

"Ini kerana masing-masing bercita-cita menjadi Perdana Menteri dan akan memijak satu sama lain untuk naik ke atas," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca juga:

Hannah berkata demikian ketika berkongsi pengalamannya turun berkempen di Kuala Klawang, Jelebu, bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ir. Bakri Sawir, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang.

Menurutnya, beliau turut mengingatkan penyokong supaya tidak terlalu bimbang atau teruja dengan kerjasama yang terjalin antara BN dan PN.

"Kerjasama itu tidak akan kekal lama kerana ia dibayangi dengan pengkhianatan dan mereka yang tidak setia kepada sebuah politik persahabatan," ujarnya.

Beliau turut mendakwa kedua-dua gabungan itu lebih mengutamakan pemimpin masing-masing berbanding kejayaan rakan kerjasama dalam pakatan berkenaan.

Sebaliknya, Hannah berkata Pakatan Harapan memilih untuk terus mempertahankan semangat setia kawan dalam gabungan sehingga berjaya mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

"Kami kekal dengan hanya seorang kapten dalam sebuah nakhoda.

"Memenangkan calon-calon Harapan adalah simbol kita mempertahankan nilai sebuah politik persahabatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved