
RANAU: Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau yang kini hampir siap akan dibuka dan boleh digunakan buat sementara waktu untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal ini.
Pembukaan sementara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.
Katanya, dewan utama Masjid yang boleh memuatkan sehingga 3,000 jemaah pada satu-satu masa, tersedia untuk kegunaan solat sunat Aidilfitri sahaja, dan akan ditutup selepas itu bagi membolehkan kerja-kerja penyiapan diteruskan.
“Kerja-kerja akhir dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Projek pembinaan masjid ini sepatutnya siap tahun lalu tetapi tertangguh berikutan kegagalan kontraktor memenuhi tarikh akhir,” katanya selepas melawat masjid itu pada Sabtu.
Masjid Ar-Rahman dirobohkan selepas mengalami keretakan dan runtuh akibat gempa bumi yang berlaku pada 2015.
Projek pembinaan semula masjid itu yang bermula pada penghujung 2017 sepatutnya siap pada 2019, tetapi tertangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas negara dilanda Covid-19, selain kegagalan kontraktor untuk meneruskan kerja selepas itu.
Reka bentuk masjid pertama di Sabah itu dibina berasaskan teknologi hijau dan mampu mengurangkan risiko gegaran gempa bumi dan menelan belanja RM11.15 juta ketika itu menggunakan peruntukan kerajaan pusat
Masjid itu juga akan dilengkapi dengan penjanaan elektrik menggunakan tenaga solar dan juga akan mempunyai ruang pejabat, bilik mesyuarat, galeri, tempat wuduk, tandas awam, bilik pengurusan jenazah, rekreasi awam dan tempat rehat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


